fbpx

Golongan ‘kayangan’ bukan keutamaan terima Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN melintas di hadapan papan tanda mengumumkan vaksin ‘Pfizer Hari Ini ‘di sebuah pusat vaksinasi di Los Angeles, California pada 3 Mei lalu. – AFP

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Thailand menepis dakwaan bahawa vaksin Pfizer yang diderma oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) adalah diutamakan buat orang kenamaan, lapor akhbar Bangkok Post, hari ini.

Jurucakap kementerian, Rungrueng Kijphati berkata 500,000 daripada 1.5 juta dos Pfizer dari AS sudah dikhaskan buat petugas kesihatan sebagai dos penggalak.

“Khabar angin yang mengatakan hanya 200,000 diberikan kepada petugas kesihatan adalah tidak benar.

“Orang kenamaan bukan keutamaan dalam menerima Pfizer sebaliknya, fokus penggunaannya adalah buat petugas kesihatan,” kata Rungrueng.

Rungrueng menjawab tuduhan yang dibuat oleh pakar kardiologi dari Fakulti Perubatan di Universiti Chiang Mai, Rungsrit Kanjanavanit.

Menurut Bangkok Post, Rungsrit mendakwa menerima maklumat dalam satu pertemuan bahawa pemerintah hanya akan memberikan 200,000 daripada 1.5 juta dos Pfizer kepada petugas barisan hadapan.

Namun, Rungrueng membalas tuduhan tersebut, sambil menambah bahawa ketika dos Pfizer belum tiba, sebahagian petugas kesihatan memilih AstraZeneca sebagai vaksin penggalak.

“Mereka yang memilih untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca sebagai penggalak dan membuat keputusan sendiri, tanpa ada sebarang paksaan,” tegas Rungrueng. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI