fbpx

Gimnas berusia 46 tahun Uzbekistan umum bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUSOVITINA akhirnya mengumumkan persaraan selepas menyertai lapan aksi Olimpik sebelum ini. - AFP

ATLET gimnastik Uzbekistan, Oksana Chusovitina akhirnya membuat keputusan untuk bersara dan mengucapkan selamat tinggal pada saingan Sukan Olimpik selepas bertanding dalam lapan temasya sebelum ini.

Gimnas berusia 46 tahun itu mengesahkan Sukan Olimpik Tokyo menjadi pentas terakhirnya dan dia mendapat tepukan gemuruh daripada semua penyokong serta pesaing-pesaingnya dalam penampilan terakhirnya.

Chusovitina gagal ke peringkat akhir dalam acara ‘vault’ kelmarin sekali gus mengakhiri karier gemilangnya di peringkat antarabangsa.

“Itu sangat bagus. Saya mengalirkan air mata kebahagiaan kerana banyak pihak sejak sekian lama memberikan sokongan padu kepada saya,” katanya

Nama Oksana Chusovitina tidak asing di dalam sukan gimnastik apabila dia pernah mewakili Soviet Union pada kejuaraan dunia pertamanya pada tahun 1991 dan pasukan berkecuali pada Olimpik Barcelona 1992 sebelum menyertai Uzbekistan bermula pada 1993 hingga 2006.

Selain itu, Chusovitina juga pernah mewakili pasukan Jerman pada 2006 hingga 2012 sebagai sebagai cara mengucapkan terima kasih kepada negara itu atas rawatan perubatan untuk anak lelakinya, Alisher yang kini berusia 22 tahun yang ketika itu menderita penyakit leukemia semasa kanak-kanak.

Selepas bersama Jerman, gimnas itu kembali mewakili negara kelahirannya, Uzbekistan hingga ke saingan Olimpik Tokyo 2020 kali ini.

Dia juga turut mengesahkan bahawa tidak akan mengambil bahagian bagi dalam mana-mana acara gimnastik dan pengumuman itu adalah melibatkan persaraan penuh.

“Saya kini berusia 46 tahun, tiada apa yang akan mengubah fikiran saya,” katanya sambil ketawa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI