fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen pembangkang ‘lepas geram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Anwar Ibrahim antara Ahli Parlimen yang lantang menyuarakan pandangan pada sesi Dewan Rakyat kali ini

PETALING JAYA – Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mula menunjukkan ‘taring’ masing-masing apabila dilihat bertikam lidah dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan dan wakil dari kerajaan pada hari pertama sidang khas di Dewan Rakyat hari ini.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah berhubung perjalanan persidangan Parlimen yang tidak membenarkan anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.

Antara yang bangkit mempersoalkan perjalanan sidang khas adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed (Langawi), Gobind Singh Deo (Puchong) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Di pihak kerajaan, antara yang bangkit mempertahankan perjalanan sidang khas ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Sidang khas selama hari ini yang bermula hari ini adalah yang pertama kali diadakan sejak 12 Januari lalu selepas kerajaan melaksanakan Proklamasi Darurat. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI