KOTA TINGGI – Menteri Perpaduan Negara menyifatkan busana kontinjen Malaysia yang dipakai ketika pembukaan rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020 sesuatu yang membanggakan kerana menampilkan khazanah budaya negara.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pihaknya bangga kerana busana daripada pemakaian Laksamana Hang Tuah diperagakan dalam satu temasya yang berprestij.
“Berulang-ulang kali saya lihat pakaian perbarisan Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Rasa bangga kerana busana ini yang mengambil inspirasi daripada pemakaian Laksamana Hang Tuah diperagakan di dalam satu temasya sukan yang paling tinggi dan berprestij.
“Tak kira apa latar belakang, kesemua pegawai dan atlet memakai busana ini berjalan megah masuk ke stadium bagi upacara perasmian, ternyata penyatuan boleh terbentuk melalui pakaian dan juga adat budaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, busana berkenaan juga amat bertepatan dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan adat budaya.
Terdahulu, busana berkenaan mendapat kritikan cef selebriti, Datuk Chef Wan yang menganggap busana tersebut langsung tidak menarik dan kelihatan murahan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929