fbpx

Bomba terima banyak kes angkat orang obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Panggilan kecemasan bagi khidmat khas bantuan mengangkat dan menguruskan individu yang mengalami masalah obesiti terus meningkat di negeri.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, sepanjang pandemik Covid-19, sebanyak 12 operasi khidmat khas telah dilaksanakan.

Jelasnya, khidmat khas itu merangkumi beberapa kategori respon termasuk bantuan mengangkat dan membawa individu obes ke hospital serta pengurusan jenazah di lokasi dan tanah perkuburan.

“Pada tahun lalu kita telah melaksanakan lima operasi khidmat khas membabitkan individu obes, namun pada tahun ini, sehingga semalam sahaja, sebanyak tujuh panggilan bantuan kecemasan diterima.

“Pada minggu lalu kita menerima satu panggilan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengangkat mayat seorang wanita obes seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di rumahnya di Taman Desa Damai Cheng,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI