fbpx

Barty, Murray akur kecundang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARTY gagal meneruskan momentum kejayaan di Wimbledon apabila tersingkir seawal pusingan pertama di pentas Olimpik kali ini. – AFP

TOKYO – Pemain No.1 dunia, Ashleigh Barty tersingkir pada pusingan pertama temasya Olim­pik Tokyo 2020 apabila tewas di tangan pemain Sepanyol, Sara Sorribes semalam.

Bintang tenis Australia tersebut tewas dengan keputusan straight-set 6-4, 6-3 sekali gus gagal untuk tampil cemerlang pada aksi sulungnya di temasya terbesar dunia tersebut.

Pemain ranking No.48 dunia, Sorribes mengakui ia adalah kemenangan yang menakjubkan selepas mampu mengatasi pemain No.1 dunia itu.

“Ketika ini saya merasai pe­rasaan luar biasa dan masih tidak boleh mempercayainya. Kemenangan ini sangat bermakna bagi saya dan sesuatu yang saya impikan sepanjang hidup saya.

“Lebih menarik saya berjaya mengalahkan pemain nombor satu dunia. Saya sangat gembira dan ia adalah permulaan terbaik di Sukan Olimpik,” kata Sorribes.

Hasil kemenangan tersebut, pemain berusia 24 tahun itu akan berdepan pemain Perancis, Fiona Ferro pada aksi pusingan kedua.

Sementara itu, juara bertahan dua kali, Andy Murray pula membuat keputusan mengejutkan apabila terpaksa menarik diri dalam acara perseorangan lelaki selepas mengalami kecederaan pangkal paha.

Bagaimanapun, pemain ber­usia 34 tahun itu akan kekal di Tokyo bergandingan bersama Joe Salisbury untuk beraksi dalam acara beregu lelaki.

“Memang saya kecewa kerana terpaksa menarik diri selepas kakitangan kesihatan menasihatkan saya untuk melupakan satu acara.

“Ini adalah keputusan paling sukar pernah dibuat, melupakan acara perseorangan dan fokus kepada bermain dalam acara beregu bersama Joe,” kata Murray dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI