fbpx

Angin bercelaru gugat prestasi Nur Shazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SHAZRIN enggan mengalah apabila terus memperbaiki kedudukan dari satu perlumbaan ke perlumbaan seterusnya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

ATLET pelayaran negara, Nur Shazrin Mohd. Latif mahu mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan apabila mengakui baki tujuh pusingan perlumbaan acara laser radial wanita Sukan Olimpik di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima semakin sengit.

Pada perlumbaan tersebut, Shazrin bermula sedikit perlahan pada aksi pusingan ketiga selepas mengakhir saingan di tempat ke-33 keseluruhan manakala acara itu didominasi pelayar Norway, Line Flem Hoest diikuti Silvia Zennaro (Itali) dan Anne-Marie Rindom dari Denmark.

Bagaimanapun, pelayar berusia 23 tahun itu tidak mudah mengalah dan memperbaiki kedudukan lebih baik pada perlumbaan pusingan keempat dengan mengakhiri saingan di kedudukan ke-14. 

Secara keseluruhan, selepas empat perlumbaan, Nur Shazrin menduduki ranking ke-17 daripada 43 pelayar dan mempunyai enam baki perlumbaan untuk mengesahkan tempat ke peringkat perlumbaan seterusnya.

“Perlumbaan hari ini sangat sukar bagi saya kerana keadaan angin yang sering bertukar arah dan ombak pula besar. Mungkin sebab terlalu dekat dengan darat dan situasi itu memberi cabaran kepada saya.

“Bagaimanapun saya gembira dengan tahap prestasi terutama mengendalikan bot dalam situasi sukar seperti ini. Saya harap dapat terus mempamerkan aksi lebih baik dalam baki pusingan perlumbaan seterusnya.

Selepas empat pusingan perlumbaan, pelayar Norway, Line Flem Hoest mendominasi saingan tersebut diikuti pelayar Jerman, Vasileia Karachaliou di tempat kedua dan Anne-Marie Rindo (Denmark) tempat ketiga. 

Dalam pada itu, Nur Shazrin yang mesra dipangil Eyin berharap tidak melakukan kesilapan yang mampu menggugat kedudukannya ketika ini.

“Bagi saya, Sukan Olimpik cabaran paling mencabar dan saya perlu hati-hati kerana di pentas ini mereka akan lakukan apa sahaja untuk menguasai kelompok hadapan. Di pentas ini semua orang akan beraksi dengan agresif dan kasar untuk memburu kemenangan.

“Bila kita berada di kedudukan baik mereka akan cuba serang jadi saya perlu kekal konsisten.

Saya harap tiada insiden seperti pelanggaran bot atau kesilapan yang boleh menyebabkan dikenakan penalti dan sebagainya. Misi saya adalah ingin mencari permulaan terbaik dan kelajuan pada baki perlumbaan nanti,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI