fbpx

44,561 akaun SSPN-i terima ganjaran satu peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2021 yang dilaksanakan PTPTN.

PETALING JAYA – Sebanyak 44,561 akaun pendeposit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menerima Ganjaran Kesetiaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada kadar satu peratus.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, terdahulu pihaknya telah melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2021 pada kadar satu peratus sebagai hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang.

Katanya, pendeposit SSPN-i sebelum tahun 2018 yang membuat simpanan terkumpul dengan jumlah minimum sebanyak RM500 dalam tempoh promosi serta tidak membuat pengeluaran simpanan daripada akaun sehingga 30 Jun 2021 layak menyertai kempen ini.

“Ganjaran Kesetiaan pada kadar satu peratus tersebut telah dimasukkan ke dalam 44,561 akaun SSPN-i yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2.43 juta.

“Ia merupakan manfaat tambahan selain dividen tahunan yang diberikan oleh PTPTN kepada pendeposit SSPN-i atas simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen.

“Pendeposit SSPN-i yang terlibat boleh membuat semakan Ganjaran Kesetiaan di penyata SSPN-i melalui Portal Rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my mulai 25 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI