fbpx

30 doktor kontrak HSA sertai mogok aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Lebih 30 doktor kontrak di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini menunjukkan solidariti kepada gerakan Hartal Doktor Kontrak dengan membuat perarakan aman di dalam kawasan hospital tersebut.

Tinjauan Kosmo! di HSA mendapati perarakan bermula kira-kira 11.10 pagi membabitkan sekumpulan doktor kontrak yang berpakaian serba hitam mula berarak di lobi utama mengelilingi blok hospital sejauh tiga kilometer.

Hasil pemantauan juga mendapati kesemua yang terlibat dalam perarakan aman itu menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan fizikal.

Kelihatan seramai 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkawal di lokasi tersebut bagi memastikan perarakan dibuat dalam keadaan aman dan tenang tanpa melakukan sebarang provokasi.

Jurucakap doktor kontrak berkenaan berkata, kesemua doktor yang menyertai perarakan mogok aman itu berada dalam waktu rehat mereka dan tidak menjejaskan tugasan di hospital itu.

“Kami akan menyambung kembali tugasan selepas waktu rehat kami tamat nanti.

“Tiada kenyataan lain akan dikeluarkan kerana tujuan perarakan mogok ini sudah diketahui umum,” katanya sebelum bersurai dari perarakan itu.

Katanya, bukan semua doktor kontrak terlibat dalam perarakan mogok ini kerana terikat dengan tanggungjawab mengutamakan kepentingan pesakit terlebih dahulu.

Dianggarkan kira-kira 100 doktor kontrak yang bekerja di HSA. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI