fbpx

16 dron berspesifikasi terkini pantau ancaman di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dron jenis elektrik itu menggunakan kuasa bateri berkuasa tinggi.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan bahawa dron jenis Vertical Take-Off dan Landing (VTOL) yang akan diperolehi kelak mampu membuat penerbangan dan rakaman foto, video serta’live streaming’ beresolusi tinggi pada waktu siang atau malam.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan berkata, dron jenis elektrik yang menggunakan kuasa bateri berkuasa tinggi itu juga dilengkapi dengan ‘gyro stabilized camera'(Electro-Optical System dan infra merah).

“Bagi setiap unit dron yang diperoleh juga, pakej akan turut merangkumi ‘mobile ground station vehicle’ yang dilengkapi dengan ‘turret tracking antenna system’, stesen cuaca dan ‘portable global navigation satellite system’.

“Kesemua dron berkenaan akan digunakan bagi penugasan melibatkan pemantauan serta membanteras ancaman di kawasan sempadan negara dalam usaha menangani pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, cadangan perolehan 16 unit dron berkenaan kepada PDRM telah diluluskan oleh kerajaan di bawah Projek Perolehan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) dengan unjuran siling projek bernilai RM48 juta.

“Unjuran siling ini adalah anggaran berdasarkan kepada kajian harga pasaran untuk dron berspesifikasi terkini yang sesuai bagi penugasan taktikal atau pemantauan oleh PDRM.

“PDRM menghargai komitmen kerajaan dalam memastikan pasukan memiliki aset dan kelengkapan terkini bagi memantapkan lagi penugasan agar keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI