fbpx

Yang Qian bidik emas pertama di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YANG QIAN merangkul pingat emas pertama pada temasya Olimpik kali ini dalam acara 10m air rifle wanita selain mencipta rekod menerusi kutipan 251.8 mata. – AFP

TOKYO – Pingat emas pertama Sukan Olimpik 2020 berjaya dijelmakan pasukan China menerusi atlet berusia 21 tahun, Yang Qian selepas mempersembahkan aksi cemerlang dalam acara final 10m air rifle wanita semalam.

Lebih menarik, Yang Qian melakukan bidikan tersebut sambil mencipta rekod baharu final Olimpik selepas mencatat mata keseluruhan 251.8 mata.

Keputusan itu memastikan dia meraih pingat emas pertama buat China sekali gus mengatasi atlet Rusia, Anastasiia Galashina di kedudukan kedua dengan catatan 251.1 mata untuk meraih pingat perak.

“Saya cuba mengawal emosi saya sebanyak mungkin pada dua tembakan terakhir. Akhir­nya saya melakukannya dengan bergitu baik.

“Saya akui pada tembakan terakhir saya sangat gugup dan menahan terlalu lama. Saya fikir saya kalah dan tidak dapat mengejar selepas ketinggalan.

“Saya sangat gembira dapat menyumbang emas pertama buat negara dan memberikan yang terbaik pada saingan temasya kali ini,” katanya.

Sementara itu, atlet Switzerland, Nina Christen berjaya me­raih gangsa pertama di pentas Olim­pik dengan catatan 230.6 mata keseluruhan.

Pada saingan tersebut, Yang Qian ketinggalan di kedudukan kedua namun bangkit selepas Galashina melakukan kesilapan 8.9 mata di final sekali gus membolehkan atlet China itu meraih emas pertama buat negaranya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI