fbpx

Yakin diri macam Cik Bi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIK B

SETIAP manusia mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan keyakinan diri,seterusnya dapat hidup dengan ceria. Kata orang, jika tiada keyakinan, hidup akan mudah menemui kegagalan.

Menjawab pertanyaan pengikut Instagram baru-baru ini, Cik B berkongsi tips untuk memastikan dirinya sentiasa yakin dan menyayangi diri sendiri.

“Percaya dengan diri anda. Saya pun tidaklah mempunyai keyakinan setiap masa tetapi saya elakkan untuk merendahkan diri sendiri.

“Kerana sekiranya ada telah mula tidak percara dengan diri sendiri, keyakinan juga akan turut hilang,” balas Cik B dalam sesi soal jawab InstaStorynya.

Bagus betul cara Cik B menjawab, seperti orang dewasa ayatnya. Memang Diva suka dengan kata-kata anak kepada Datuk Seri Vida ini, sangat matang, tidak seperti remaja berusia 16 tahun!

Cik B juga sanggup tidak ada kawan daripada dikelilingi orang yang toksik. Semoga Cik B akan berjaya persis ibunya apabila dewasa nanti. Bukan sahaja berharta tetapi berotak.

DIVA: Rasa pelik dengan sikap artis yang suka menyangkal kebenaran yang dipaparkan oleh diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI