fbpx

Tiga tahun jadi hamba seks bapa saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Tindakan keji pasangan suami isteri menjadikan anak saudara perempuan mereka sebagai hamba seks sejak tiga tahun lalu akhirnya terbongkar apabila kedua-duanya diberkas polis.

Pasangan itu berusia 39 serta 37 tahun yang bekerja sebagai pembekal sate masing-masing diberkas pada 18 dan 22 Julai lalu di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kegiatan tidak berperikemanusiaan pasangan itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 18 tahun tampil membuat laporan polis pada Ahad minggu lalu.

Katanya, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siastaan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka telah menahan suspek wanita pada hari sama laporan diterima.

“Mengikut laporan dibuat, mangsa mendakwa dia telah dirogol berulang kali dan dijadikan mangsa seksual bapa saudaranya sejak Oktober 2018 sehingga bulan ini sebelum membuat laporan polis.

“Perbuatan jijik lelaki tersebut juga dalam pengetahuan isterinya, namun wanita terbabit tidak memperdulikannya.

“Lebih mengejutkan, tindakan terkutuk itu dikatakan bermula selepas wanita terbabit masuk ke bilik tidur mangsa kira-kira pukul 5 pagi sebelum menyuruh remaja itu ‘melayan’ suaminya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek wanita merupakan adik kepada ibu kandung mangsa manakala suspek lelaki didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Mengulas lanjut, Mohd. Sukri berkata, mangsa mendakwa dia tinggal bersama suspek sejak berusia 10 tahun selepas ibunya meninggal dunia, manakala ayahnya warga Indonesia menghilangkan diri. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI