fbpx

Swiatek mula aksi langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK meraih kemenangan pertama di pentas Olimpik selepas menundukkan Barthel semalam. – AFP

TOKYO – Pemain pilihan ke-6, Iga Swiatek memulakan kempen pertamanya di pentas Sukan Olimpik 2020 dengan langkah kanan selepas menewaskan wakil Jerman, Mona Barthel dengan kemenangan straight-set 6-2, 6-2 semalam.

Pada aksi di Pusat Tenis Ariake itu, atlet kelahiran Poland yang juga juara Terbuka Pe­rancis edisi 2020 hanya memerlukan tempoh 67 minit untuk menyingkirkan Barthel yang menduduki ran­king ke-207 dunia.

Swiatek yang baru berusia 20 tahun berkata, kemenangan yang diraih itu adalah permulaan yang baik dalam usahanya untuk meraih kilauan pingat pada temasya sukan terbesar dunia pada penyertaan kali pertama dalam karier.

“Saya cukup teruja apabila melangkah ke pusingan kedua tetapi dalam masa yang sama saya tidak boleh terlalu mendabik dada dan kekal tenang agar boleh beraksi tanpa sebarang tekanan pada temasya kali ini.

“Secara jujur, semua orang tahu betapa istimewanya temasya Sukan Olimpik yang hanya hadir empat tahun sekali dan inilah peluang terbaik saya untuk mengharumkan nama negara di pentas tertinggi dan saya tidak mahu beraksi dalam keadaan tertekan,” katanya.

Swiatek sebelum ini pernah meraih pingat emas pada temasya Sukan Olim­pik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina menerusi acara beregu wanita bersama Kaja Juvan dan sememangnya berharap dapat melakukan perkara yang sama pada kejohanan Olimpik utama.

Dalam perkembangan sama, naib juara Terbuka Perancis edisi 2021, Anastasia Pavlyu­chenkova yang mewakili Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) turut menempah slot ke pusingan kedua selepas menyingkirkan wakil Itali, Sara Errani dengan keputusan 6-0, 6-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI