fbpx

‘Road to 20k’ bukan bahan jenaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pengguna Twitter yang meminta agar ciapan 'Road to 20k' tidak dijadikan bahan jenaka.

PETALING JAYA – Ciapan sohor kini ‘Road to 20k’ dengan memberikan bayangan Malaysia bakal mecatatkan angka kes Covid-19 sebanyak 20,000 sehari dalam masa terdekat bukanlah sesuatu yang harus dijadikan bahan jenaka oleh orang ramai.

Ini berikutan ramai pengguna Twitter menzahirkan rasa kurang senang dengan ciapan sedemikian selain menyifatkan ia seolah-olah mendoakan Malaysia untuk terus berada dalam situasi lebih getir.

Menurut @zayna_ms, ‘Road to 20k’ tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka meskipun kes di negara ini mencatatkan peningkatan setiap hari.

“Semua orang tahu kes berterusan naik setiap hari, tetapi, road to 20k bukan bahan jenaka, seharusnya kita perlu cuba untuk elakkannya, terus duduk rumah dan jaga diri,” ciapnya tadi.

Senada dengan gadis itu ialah seorang lagi pengguna Twitter iaitu @cjhdior yang menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat lawak berhubung peningkatan kes yang sedang dicatatkan di Malaysia.

“Tolong jangan buat lawak mengenai road to 20k, ia tidak kelakar dan tidak pernah akan jadi kelakar.

“Ramai orang dekat luar sana meninggal dunia kerana Covid-19 dan kalian di sini membuat lawak mengenai hal tersebut,” tegasnya.

Bagi @priscanav pula, road to 20k bukanlah sesuatu pencapaian yang harus dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“17,000 kes bukanlah sesuatu untuk ditertawakan, road to 20k juga bukanlah sesuatu pencapaian, Covid-19 merupakan hal serius, tolong hentikan perwatakan tidak matang,” tulisnya.

Kes hari ini terus mencatatkan peningkatan dengan 17,045 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 akhirnya mencecah 1,013,438 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 8,500 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI