fbpx

Reezal mahu rakyat Malaysia terus tiupkan semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL MERICAN

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyeru 32 juta rakyat Malaysia untuk terus ‘meniup’ semangat luar biasa kepada kontinjen negara yang sedang berjuang di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Reezal berharap penyokong Malaysia terus memberi sokongan dan dorongan meskipun ada atlet negara kita yang tewas di temasya sukan terbesar itu.

“Saya nak mengajak rakyat malaysia terus memberi sokongan kepada atlet negara. Dalam kita menyertai Sukan Olimpik akan ada cerita yang penuh duka dan suka. Jangan kita ambil dari satu sudut sahaja dimana bila pencapaian gagal diperolehi atlet kita.

“Masih ramai lagi meneruskan perjuangan, mereka berada di perkampungan yang sama dan mereka memerlukan dorongan dan juga kata-kata semangat ditiupkan oleh semua rakyat Malaysia ketika ini.

“Mari kita semua beri sokongan kepada atlet-atlet lain yang masih meneruskan cabaran. Masih ada laluan untuk mengibar jalur gemilang di temasya Sukan Olimpik. Biarlah sehingga titisan terakhir kita memberi sokongan dan dorongan kepada atlet negara,” katanya.

Ketika ini, seramai 30 atlet negara berada di Tokyo, Jepun untuk menjelmakan pingat emas pertama di temasya sukan terbesar dunia itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI