fbpx

Ramai sebak lihat kanak-kanak enggan naik ambulans tanpa penjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kanak-kanak dipujuk ahli keluarga untuk menaiki ambulans.

PETALING JAYA – Netizen sebak melihat rakaman video seorang kanak-kanak dipercayai pesakit Covid-19 menangis dan terpaksa dipujuk ahli keluarga untuk menaiki ambulans ketika kenderaan itu tiba di rumahnya.

Menerusi perkongsian video di Facebook Shuk Osman, kanak-kanak itu dilihat enggan menaiki kenderaan tersebut sehingga terpaksa didukung oleh ahli keluarganya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat kanak-kanak tersebut menangis dan enggan menaiki kenderaan tersebut selain mempersoalkan mengapa dia tidak ditemani oleh penjaganya.

“Kalau anak-anak positif memang tak boleh teman sekali ke? Tak sangguplah tengok macam ni, saya sanggup lagi ikut naik ambulans dari biar anak sorang-sorang,” kata Nurul Nadia.

“Kalau aku memang takkan lepaskan anak. Biar aku jaga, kuarantin sama-sama,” kata Faezah.

Bagaimanapun, seorang individu dikenali sebagai Hazim Yunus bertindak membalas beberapa komen tersebut untuk memaklumkan bahawa kanak-kanak itu merupakan anak perempuannya yang perlu dihantar ke pusat kuarantin di mana ibu kepada kanak-kanak itu sudahpun berada di sana terlebih dahulu.

“Kami semua sudah berada di pusat kuarantin. Anak saya yang ini baru sahaja didapati positif (Covid-19), wajib ada penjaga kanak-kanak. Jadi, ambulans akan hantar anak saya kepada ibunya nanti,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI