fbpx

Pulau Pangkor capai imuniti kelompok September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (dua dari kiri), ketika melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pulau Pangkor hari ini.

LUMUT – Pulau Pangkor yang dipilih menjadi sebahagian daripada projek rintis bagi Program Destinasi Bebas Covid-19 Fasa 2 Pelan Pemulihan Pelancongan disasarkan mampu mencapai tahap imuniti kelompok pada September ini.

Bagi mencapai hasrat itu, sekurang-kurangnya 8,026 penduduk layak untuk menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 11,500 populasi yang diunjurkan di pulau peranginan itu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sehingga 11 Julai lalu sebanyak 1,002 penduduk pulau ini telah menerima suntikan dos pertama manakala seramai 1,056 orang pula telah lengkap dos pertama dan dos kedua.

Menurut beliau, berdasarkan rekod Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Manjung, pemberian dos pertama dijangka selesai pada 8 Ogos ini dan akan disusuli dengan dos kedua mulai 13 Ogos.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung telah memulakan program ‘outreach’ tiga hari seminggu untuk tempoh lapan minggu berturut-turut mulai 16 Julai lalu dengan sasaran kapasiti pemberian vaksin seramai 540 orang sehari.

“Kementerian juga bekerjasama dengan Persatuan Pemandu Teksi Malaysia Cawangan Pulau Pangkor bagi memudahkan urusan pergerakan keluar penduduk kampung untuk menerima vaksin,” ujarnya selepas lawatan kerjanya ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pulau Pangkor hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI