fbpx

Pertuduhan ke atas Long Tiger ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertuduhan ke atas Long Tiger di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor ditangguhkan kerana perlu menjalani kuarantin susulan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

JOHOR BAHRU – Pendakwaan seorang lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini ditangguhkan kerana perlu menjalani kuarantin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19.

Katanya, keadaan ini menjadi alasan pendakwaan yang sepatutnya dijalankan pada hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.

“Pendakwaan ke atas Long Tiger tidak dapat dibuat hari ini setelah dia perlu dikuarantin kerana ada kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan lelaki berketurunan Rohingya itu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak hari ini.

Ayob Khan menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor semalam berkata, lelaki berusia 35 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana lakukan kurungan salah.

“Kertas siasatan sudah disiapkan untuk menuduh lelaki itu di Mahkamah Majistret Tangkak esok.

“Timbalan Pendakwa Raya sudah bersetuju untuk tuduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 14 Julai lalu, Long Tiger dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan di Muar kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya yang berusia 21 tahun.

Lelaki berketurunan Rohingya itu ditahan pada pukul 9.45 malam, pada 11 Julai lalu.

Suspek berkenaan mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI