fbpx

Penagih dadah cuba cabut lari dengan bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang cuba melarikan diri dengan sebuah bot ditahan di Teluk Kumbar hari ini.

BALIK PULAU – Beberapa nelayan disyaki penagih dadah yang terkejut dengan kehadiran polis cuba meloloskan diri dengan menaiki sebuah bot semasa serbuan di Jeti Nelayan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu berjaya dipatahkan dengan bantuan pasukan polis marin yang mengejar bot berkenaan sebelum diarahkan berpatah balik ke pesisir pantai.

Sementara itu, hasil serbuan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya selama lima jam bermula pukul 8 pagi itu, 29 lelaki berusia 20-an sehingga 60-an terbabit berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, Ops Sarang berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam dan membuat risikan berhubung kegiatan penagihan dadah di kawasan itu.

Beliau berkata, semasa serbuan, sekumpulan nelayan didapati melarikan diri menaiki sebuah bot yang dibawa oleh seorang tekong tempatan.

“Namun dengan bantuan pasukan polis marin, kita berjaya pintas bot nelayan itu sebelum membawa mereka ke kawasan pesisiran pantai.

“Bantuan polis marin amat perlu memandangkan kita akan berdepan dengan situasi penagih melarikan diri dengan menaiki bot semasa operasi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, pihaknya mendapati rata-rata mereka yang ditahan terdiri daripada penagih tegar, manakala sejumlah dadah turut dirampas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI