fbpx

Pekerja kasino rugi RM38,188 ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang lelaki yang bekerja di sebuah kasino di Genting Highlands di Bentong mengalami kerugian RM38,188 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula selepas mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan seorang wanita di laman sosial Facebook.

“Mangsa kemudian ditawarkan oleh wanita terbabit satu pelaburan saham melalui aplikasi BIT MDS dan dia juga diminta untuk memasukkan sejumlah wang ke empat akaun berbeza.

“Mangsa telah membuat empat transaksi ke empat akaun berkenaan sebagai modal pelaburan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa menyedari ditipu selepas tidak dapat mengeluarkan wang pulangan daripada aplikasi terbabit lalu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI