fbpx

Lelaki dari Selangor balik Pahang cetus Kluster B5 Keratong Tujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Satu lagi kluster komuniti berkaitan aktiviti rentas negeri dikesan di Pahang selepas kes indeks kluster terbabit didapati mempunyai sejarah perjalanan dari kawasan berisiko tinggi pada 4 Julai lalu.

Kluster tersebut iaitu Kluster B5 Keratong Tujuh dikesan di Rompin dan merekodkan 12 kes positif setakat ini hasil saringan ke atas 26 individu.

Rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah  menyebut, kes indeks itu iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun dilaporkan positif pada 13 Julai lalu hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.

“Kes mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Selangor ke Pahang pada 4 Julai lepas.

“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Blok 5, Felda Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin,” katanya.

Kluster B5 Keratong Tujuh adalah antara 34 kluster baharu termasuk 15 kluster komuniti yang dilaporkan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI