fbpx

Khidmat NGO dihentikan kerana cara tayamum tidak patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tindakan Hospital Shah Alam ( HSA ) memberhentikan khidmat pengurusan jenazah Covid-19 disebabkan tidak patuh syariah ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).

Pengarah HSA, Dr. Ruzita Othman berkata, ketidakpatuhan itu melibatkan cara bertayamum terhadap jenazah Covid-19.

“Hanya sebab tidak patuh syariah, itu sahaja khidmat NGO diberhentikan. Tiada sebab lain,” katanya ringkas ketika ditemui selepas sumbangan sebuah kontena daripada syarikat Maritime Network Sdn. Bhd. (Maritime Network) kepada HSA.

Ruzita bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut berhubung aspek ketidakpatuhan berhubung proses tayamum itu dan menyatakan HSA masih mampu menampung jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di wad hospital berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan memo bertarikh 21 Julai yang tular ditandatangani Ruzita Othman itu memaklumkan pemberhentian pengurusan jenazah Covid-19 oleh NGO berkuatkuasa serta merta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI