fbpx

‘Kalau jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTIF, 'prosedur operasi standard' (SOP) misi memasuki Gaza, imej dan bentuk dana bantuan kemanusiaan menjadi antara subjek yang mengisi banyak subteks dalam naratif 'drama' perbalahan pendapat antara Caprice, Ebit Lew dan Nadir Al-Nuri.

SAAT artikel ini diselesaikan, mimpi ngeri rakyat Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila kes positif harian Covid-19 mencecah angka 15,000.

Ketika ini juga, landskap politik masih huru-hara, tanda pagar #JusticeForBella masih tergantung keadilannya dan perbalahan antara Caprice, Ebit Lew dan Nadir berkaitan misi kemanusiaan Palestin terus merebak seperti kanser yang memecah-belahkan masyarakat, khususnya umat Islam di negara ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli yang memulakan ‘shenanigan’ atau pekung permasalahan sekitar minggu lalu telah berjaya membuat tumpuan rakyat berbelah-bahagi.

Nadir sudah memberi justifikasinya menerusi akaun Telegram dan Ebit Lew juga tidak terkecuali menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh kedua-dua individu terbabit melalui laporan polis dan siaran langsung Instagram (IG Live).

Ujian dunia

Apa yang rakyat Malaysia perlukan sekarang tentunya keamanan dan ketenteraman jiwa. Dua aspek berkenaan ditagih kehadiran daripada segala kebobrokan yang ditangggung bersama penderitaan disebabkan permasalahan Covid-19 yang semestinya meragut sosial, ekonomi dan hal penting lain.

Di sebalik apa yang berlaku, ada yang bertindak seperti mencurahkan minyak ke dalam api yang membara.

Ada yang berusaha menjadi air kepada api dan tidak kurang, terdapat golongan yang tidak ‘ambil port’ atas apa yang terjadi, termasuklah soal dana sudah berbelit-belit dengan isu peribadi.

Penulis tidak berada pada posisi untuk menetapkan siapa salah dan siapa benar kerana sesungguhnya, kita semua manusia dan emosi adalah sesuatu yang perihal yang senang untuk merasuki diri.

Namun satu hal yang menarik, ada dalam ungkapan ini. Sebagai orang luar yang melihat dari jauh. Kata-kata ini benar menusuk.

“Kalau semuanya mudah dan tidak diuji, itu bukan ‘dunia’ namanya. Itu ‘syurga’. Tapi demi kebenaran dan kasih sayang, kita perlu pertahankan.

“Kalau jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah SWT. Semoga dipermudahkan segala urusan,” demikian coretan ringkas pelawak yang suatu ketika dahulu pernah menjadi penghibur kesayangan negara, Saiful Apek.

Kenyataan itu bukan bermakna kita tidak perlu cakna dengan konflik yang berlaku, namun berpada-padalah dalam meninggalkan komen dalam media sosial.

Mempunyai pengikut tegar, pemuja atau peminat dan idola juga tidak bermakna seseorang itu boleh sewenang-wenangnya dan secara automatik bebas daripada melakukan sebarang kesilapan. Tidak sama sekali.

Usah jadi minyak kepada api

Pada masa sama, kalau sudah tiada apa yang baik ingin dinyatakan, lebih baik berdiam diri sahaja apatah lagi kalau jika tidak melibatkan diri kita secara langsung.

Kita cuma takut menyukarkan dan mengeruhkan lagi keadaan yang masih buntu untuk dipertemukan jalan keluar. Mengambil contoh muat naik bekas isteri pendakwah popular, Da’i Farhan iaitu Dr. Erin dalam media sosialnya.

Apa yang dikongsikan bukan hanya merebakkan kanser perbalahan Ebit-Caprice-Nadir, tetapi bertindak seperti semburan minyak tanah terhadap api kemelut yang masih menjulang.

“Tak lambat, cepat. Doa orang teraniaya ni direct express way Allah makbulkan. Dulu buat content pakai gambar kita bagi orang maki kita berjemaah, sekarang Allah bagi sendiri rasa mental macam mana sampai kena makan pil sebab content sendiri.

“Sebab itu hidup ini jangan seronok sangat nak baham orang. Tak kena kat kita, anak cucu-cicit kita. Tapi memandangkan tanda-tanda Yakjuj Makjuj pun dah turun, makna kata memang dah sampai akhir zaman dah kita ini.

“Allah bayar drive thru. Dulu nak sarankan saya sekolah belajar Inggeris putar alam macam dia itu yang suka petik sini, content bagi orang maki kita lepas itu kata kita tak faham Inggeris pula,” tulis Erin dalam Instagram.

Apa yang penulis cuba sampaikan, kita boleh memilih untuk membantu meredakan, menyelesaikan atau terus menyeliratkan suasana yang sudah sedia berserabut.

Semua itu terpulang. Apa yang penting, pada hujungnya Tuhan kita mahu kita semua bersatu, berkasih-sayang antara satu sama lain, bukan berbalah sesama sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI