fbpx

JKN Melaka kesan 66 kes berisiko cetus kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad (tengah) bersama-sama Timbalan Menteri MITI, Datuk Lim Ban Hong (kanan) pada lawatan kerja di Pusat Pemberian Vaksin Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta di Bayou Convention Centre, di sini, hari ini.

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan sebanyak 66 kes yang berpotensi mencetuskan kluster baharu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, kini jabatan itu sedang memantau rapi usaha pengawalan penularan kes-kes berkenaan termasuk melakukan saringan menyeluruh.

“JKN telah mengesan 66 kes yang dilihat berupaya menjadi kluster baharu di negeri ini dan usaha mengawal penularan wabak itu sedang dilaksanakan.

“Ini termasuklah dengan melakukan ujian saringan secara menyeluruh membabitkan kontak dan penutupan lokasi serta operasi premis termasuk kilang-kilang yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan kerja bersama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong di Pusat Pemberian Vaksin Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta di Bayou Convention Centre, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, peningkatan kes yang direkodkan semalam berpunca daripada kluster tempat kerja di, Kluster Industri Lot 11 Tangga Batu.

“Sejak 13 Julai lalu, kluster Industri Lot 11 Tangga Batu telah menyumbang kepada peningkatan kes positif di negeri ini dan semalam daripada keseluruhan 631 direkodkan, 312 melibatkan kluster berkenaan.

“Setakat ini kluster itu telah mencatatkan 467 kes positif dengan 458 daripadanya merupakan pekerja warga asing,” katanya.

Ujarnya, kilang elektronik itu telah diarahkan tutup selama 14 hari sejak Jumaat lalu selepas berlaku penularan tinggi meskipun tenaga kerja telah dikurangkan kepada 60 peratus.

Terdahulu, Melaka kini mempunyai sebanyak 50 kluster aktif termasuk Kluster Industri Batu Berendam, Kluster Industri Tunas Baru, Kluster Industri Kelemak, Kluster Teknologo Lot Enam 2 dan Kluster Industri Teknologi Cheng Satu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI