fbpx

JDT bermandi peluh tumbangkan UiTM FC 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Ignacio Insa (kiri) dicabar pertahanan UiTM FC Mohd. Asraff pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor menyaksikan JDT menang 3-1 ke atas pasukan pelawat. - RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bermandi peluh bagi membuat kebangkitan untuk mencatatkan kemenangan tipis 3-1 ke atas UiTM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan bimbingan Benjamin Mora kembali melebarkan kedudukan di persada liga selepas mengutip 33 mata, tiga mata di hadapan pasukan Terengganu.

Pasukan tuan rumah mempamer aksi lebih dominan pada babak pertama dengan menguasai perlawanan dan lebih banyak melancarkan serangan berbanding pasukan lawan.

Bagaimanapun, serangan bertali arus skuad Harimau Selatan itu gagal menemui gawang lawan termasuk melalui beberapa percubaan sepakan percuma yang diambil Bergson Da Silva dan Syamer Kutty Abba.

Ketika juara tujuh kali itu giat mengasak kubu lawan, pasukan bimbingan Frank Bernhardt itu mencipta kejutan apabila terlebih dahulu membuka jaringan.

Jaringan UiTM hadir pada minit ke-42 menerusi pemain import baharu mereka, Vinicius Silva yang menyempurnakan umpanan Yong Hyun Kwon untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

JDT tidak mengambil masa lama untuk merobek benteng ampuh pasukan UiTM apabila berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan baru berusia tak sampai lima minit sebaik babak kedua bersambung.

Gonzalo Cabrera menjaringkan gol pertama JDT setelah mendapat umpanan cantik Arif Aiman Mohd. Hanapi yang melakukan larian di sayap kanan pada minit ke-49.

Setelah mendapat gol pembukaan, pengendali JDT, Benjamin Mora membawa masuk Safawi Rasid dan Mohd. Afiq Fazail bagi membantu jentera serangan untuk menambah jaringan.

Percaturan pengendali kelahiran Mexico itu membuahkan hasil apabila Safawi berjaya memahatkan nama dalam senarai penjaring apabila bijak mencuri peluang untuk menjaringkan gol kedua pasukan.

Gandingan Akhyar Rashid dan Ahmad Hazwan Bakri yang dimasukkan di hujung permainan berbanding bahu mencipta peluang gol buat Bergson bagi melebarkan kedudukan pada minit akhir permainan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI