fbpx

#IsraelKoyak kembali hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ciapan orang ramai di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Penggunaan #IsraelKoyak kembali hangat diperkatakan di media sosial hari ini apabila orang ramai mengecam tindakan seorang individu yang mempertikaikan di mana kedudukan kontijen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Arsen Ostrovsky yang difahamkan warga Israel mempertikaikan di mana kedudukan pasukan Malaysia dalam carta pungutan pingat di Olimpik Tokyo selepas Israel mendapat pingat pertamanya hari ini.

Pingat pertama yang diperoleh Israel hari ini adalah menerusi atlet Teakwandonya, Avishaq selepas merangkul pingat gangsa dan kedudukan ISrael ketika hari kedua kejohanan adalah ditangga ke-16.

“Oh hi Malaysia, selepas hari pertama Olimpik Tokyo 2020 tengok siapa ke hadapan? Tahniah pasukan Israel,” tulis Arsen Ostrovsky di laman Twitternya sambil berkongsi kedudukan terkini carta.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan individu terbabit dengan membuat tanda pagar #IsraelKoyak dan menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan tindakan individu tersebut.

“Tweet seperti ini ternyata membuktikan #Israelkoyak memang takut takut terhadap Malaysia, mereka membandingkan kita dengan pelbagai perkara,” jelas @real_ffy.

“Sekurang-kurangnya kami tidak membunuh orang awam dan kami tidak merampas tanah orang. Kamu pun tidak pernah huni carta pertama, oh lupa kamu bukan negara,” ciap @wannfi. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI