fbpx

Ibadah haji berakhir, umrah pula bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi mengumumkan tambahan penerbangan bagi menguruskan proses menghantar pulang jemaah haji yang berakhir pada Jumaat lalu, lapor akhbar Arab News, semalam.

Tujuh penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah menuju ke Riyadh, Dammam dan Hofuf, selepas meningkatkan jumlah penerbangan untuk menampung para jemaah.

Saudia mengumumkan bahawa jumlah tempat duduk yang tersedia telah ditambah menjadi sekitar 15,000.

Pengagihan dibahagikan kepada lebih lapan penerbangan melibatkan jemaah haji, 25 penerbangan tambahan dan 49 penerbangan menggunakan pesawat dengan kapasiti tempat duduk yang lebih besar.

Wakil Menteri Kesihatan Arab Saudi untuk Hal Ehwal Pencegahan, Dr. Abdullah Asiri mengatakan bahawa jemaah yang pulang dari ibadah haji tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 atau jalani kuarantin semasa ketibaan di bandar masing-masing.

Pemangku Menteri Haji dan Umrah, Dr. Issam bin Saad bin Saeed pula mengucapkan tahniah dan syabas kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman, Wakil Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan atas kejayaan menganjurkan ibadah haji norma baharu tanpa sebarang penularan wabak Covid-19 dikesan.

Penganjuran kali ini mencapai tujuan utama iaitu keselamatan jemaah dalam musim yang luar biasa walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 dan cabaran yang dihadapi oleh agensi kerajaan.

Dalam pada itu, selepas kejayaan menganjurkan musim haji, kota suci Mekah sudah membuka pintunya kepada kumpulan pertama jemaah umrah terdiri daripada warga tempatan yang tiba di Masjidil Haram, awal pagi tadi.

Ketua Umum Urusan Dua Masjid Suci, bekerjasama dengan pihak berwajib, telah mengatur kemasukan jemaah ke Masjidil Haram melalui pintu-pintu tertentu, memastikan penerapan langkah-langkah pencegahan dan jarak fizikal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI