fbpx

Hasrat lakar kejutan lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN negara terpaksa akur apabila mereka tewas kepada pasangan dari Jepun yang juga berada di ranking pertama dunia. - AFP

PELUANG beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean untuk melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 tampak kelam selepas tewas kepada pasangan No.1 dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota sebentar tadi.

Pada aksi kedua peringkat Kumpulan A di Musashino Forest Sport Plaza itu, Mei Kuan-Meng Yean gagal untuk melakar kejutan apabila akur dengan kekalahan 21-17, 15-21, 8-21 dalam perlawanan yang memakan masa lebih sejam.

Meskipun memberikan tentangan sengit kepada Fukushima-Hirota dalam dua set awal, namun pasangan negara itu dilihat seperti beraksi dalam keadaan penat pada set penentuan apabila jauh ketinggalan.

Walaupun cuba merapatkan kedudukan dengan mengutip mata demi mata pada penghujung permainan, namun ia masih belum mampu menghalang beregu tuan rumah itu daripada melakar kemenangan 21-8.

Bagi aksi pelengkap jadual, Mei Kuan-Meng Yean akan turun menentang beregu Great Britain, Chloe Birch-Lauren Smith pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI