fbpx

Diragut semasa hendak menaiki kenderaan e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV ketika mangsa diragut seorang penunggang motosikal.

GOMBAK – Seorang wanita kerugian RM3,500 apabila rantai emas miliknya diragut seorang penunggang motosikal dalam kejadian di sebuah flat di Taman Selayang Makmur, Batu Caves, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian sekitar pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun bersama suaminya hendak menaiki kenderaan e-hailing untuk ke Hospital Selayang.

“Menurut laporan, ketika hendak menaiki kenderaan tiba-tiba mangsa didatangi seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX dan membawa sebuah beg penghantar lalu meragut rantai emas milik mangsa dan terus melarikan diri.

“Nilai rantai emas dianggarkan lebih kurang RM 3,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amirul di talian 03-61262222 atau 019-3491233 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 50 saat tular di media sosial yang menunjukkan mangsa diragut suspek menunggang motosikal di kawasan Taman Selayang Makmur. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI