PUTRAJAYA – Kes harian terus mencatatkan peningkatan dengan 17,045 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 akhirnya mencecah 1,013,438 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 8,500 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes.
“Johor pula (950 kes), Sabah (818 kes), Perak (609 kes), Pulau Pinang (573 kes), Negeri Sembilan (513 kes), Pahang (424 kes), Sarawak (407 kes), Melaka (370 kes), Terengganu (273 kes) dan Kelantan (266 kes).
“Selebihnya, Putrajaya (50 kes), Labuan (21 kes) dan Perlis (10 kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929