fbpx

Yong Siput cedera digigit anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak gajah dinamakan Yong Siput dijumpai di bawah jambatan besi di Perkampungan Orang Asli Poi, hari ini.

SUNGAI SIPUT – Seekor anak gajah betina yang dipercayai terpisah daripada kawanannya ditemui di bawah jambatan besi di Perkampungan Orang Asli Poi dekat sini hari ini.

Anak gajah yang dinamakan Yong Siput itu berusia dua tahun dengan anggaran berat 60 hingga 70 kilogram dan dijumpai pekerja ladang kelapa sawit pada pukul 7.30 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, terdapat kesan kecederaan dan luka di badan anak gajah itu dipercayai digigit anjing.

Katanya, rawatan awal telah diberikan kepada mamalia itu dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Anak gajah itu telah dibawa ke Pejabat Perhilitan Sungai Siput, terdapat luka-luka kecil pada tubuh gajah itu dipercayai digigit anjing.

“Rawatan luka telah diberikan dan anak gajah itu kini dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, anak gajah tersebut akan dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI