fbpx

Tiga beradik terperangkap dalam kereta berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba cuba membuka kereta yang terkunci di Ipoh hari ini.

IPOH -Seorang wanita berdepan detik cemas apabila tiga anak lelakinya termasuk sepasang kembar terperangkap di dalam kereta berkunci di Taman Perpaduan di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ibu kanak-kanak tersebut ‘meninggalkan’ anaknya di dalam kereta jenis Proton Exora sementara dia membeli kuih.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 5.21 petang.

Katanya, ketika anggota tiba di lokasi kejadian, didapati kembar berusia tujuh tahun itu sedang tidur manakala adik mereka yang berusia dua tahun sedang leka bermain.

“Anggota bomba cuba mengejutkan pasangan kembar itu dengan mengetuk cermin kereta namun gagal sebelum kami menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kenderaan tersebut.

“Tiga beradik itu terperangkap kira-kira 20 minit dalam kenderaan yang enjinnya tidak dimatikan sebelum menghubungi bomba untuk bantuan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan dan diserahkan semula kepada ibunya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI