fbpx

Tekanan tinggi jadi punca tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENG YEAN (kanan) dan Mei Kuan menghadapi laluan sukar apabila terpaksa berdepan beregu No. 1 dunia dari Jepun untuk melangkah ke separuh akhir.

TERLALU inginkan kemenangan menjadi salah satu faktor kekalahan beregu wanita No.1 negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kepada wakil Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu pada aksi sulung saingan Kumpulan A semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza itu, Mei Kuan-Meng Yean terpaksa akur dengan kekalahan straight-set 14-21, 17-21 kepada gandingan No.6 dunia itu.

Meng Yean tanpa berselindung mengakui, fokus mereka terganggu selain berdepan tekanan tinggi kerana dibelenggu rasa takut sekiranya tewas pada perlawanan yang dianggap penting itu.

“Ini adalah perlawanan pertama dan juga penampilan sulung kami di pentas Olimpik. Kami cuba kawal emosi dan mental pada perlawanan itu, namun tidak mampu untuk atasi rasa gementar.

“Selain itu, kami juga beri tekanan kepada diri sendiri apabila terlampau memikirkan peluang ke suku akhir. Peluang semakin tipis apabila kami tewas kepada Indonesia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Kekalahan itu sekali gus menyebabkan laluan semakin sukar buat mereka untuk melangkah ke suku akhir kerana perlu menewaskan gandingan No.1 dunia, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada perlawanan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI