fbpx

Schooling tenang buru emas di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHOOLING sekali lagi menjadi sandaran Singapura untuk meraih pingat emas di pentas Olimpik kali ini. – AFP

TOKYO – Atlet renang sensasi Singapura, Joseph Schooling mengakui kehadirannnya pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo kali ini tanpa sebarang tekanan meskipun dijadikan sandaran utama kontinjen Singa­pura untuk meraih pingat emas.

Sebagai rekod, Schoo­ling mencipta sensasi tersendiri apabila memecahkan rekod temasya acara 100 meter kuak kupu-kupu pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil sekali gus menyumbangkan pingat emas pertama Sukan Olimpik buat negara republik itu.

Schooling yang kini berusia 26 tahun berkata, temasya Sukan Olimpik 2020 menjadi me­dan terbaik buatnya membuktikan keupayaan semula selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten sejak lima tahun lalu.

“Secara jujur, saya percaya dengan tahap keyakinan saya. Bersaing dengan tekanan atau tidak, bukanlah masalah besar. Sasaran saya sudah tentulah untuk menjadi juara atau sekurang-kurangnya menaiki podium

“Namun, saya akui sebagai penyandang pingat emas, harapan sememang­nya diletakkan ke atas saya tetapi dalam masa yang sama saya tidak boleh terlalu tertekan memandangkan prestasi sejak 2016 tidaklah begitu baik.

“Apa yang pasti, masih ada beberapa hari untuk saya me­lakukan persiapan sebelum acara bermula dan saya perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal,” kata Schooling yang memiliki darah Malaysia menerusi ibunya.

Bagi temasya kali ini, kontinjen Singapura tidak meletakkan sebarang sasarang pingat meskipun menghantar kontinjen terbesar dalam sejarah dengan kehadiran 23 atlet menerusi 12 jenis sukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI