fbpx

Rokok, bedak seludup bernilai RM9 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM menunjukkan rokok yang dirampas pihaknya di kawasan perindustrian Taman Klang Jaya, Khamis lalu.

KLANG – Pasukan Polis Marin ( PPM ) merampas rokok dan bedak seludup dianggarkan bernilai RM9.03 juta termasuk cukai hasil serbuan di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Taman Klang Jaya, Khamis lalu.

Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan susulan suspek berjaya melarikan diri dalam serbuan pukul 10.45 pagi oleh PPM Pelabuhan Klang menerusi Op Kontraband.

Komander PPM Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, semasa serbuan didapati gudang tersebut bertutup namun tidak berkunci.

Katanya, hasil pemeriksaan sekitar kilang telah menemui kesan umpil tingkap bilik air dipercayai digunakan sindiket melarikan diri ketika menyedari kehadiran pasukan serbuan.

“Berdasarkan pemeriksan terhadap sebuah kontena di gudang itu menemukan 249,500 karton rokok jenama D&J dan Mild (14,400 karton) tidak bercukai.

“Turut ditemui adalah 249,624 botol bedak jenama Ponds dipercayai tidak mempunyai kelulusan dibawah peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, turut dirampas adalah sebuah kontena dan treler digunakan sindiket tersebut.

Kata Mohd. Yusoff, gudang tersebut dipercayai dijadikan transit sebelum rokok dan barang lain untuk diedarkan.

“Sindiket dipercayai menyewa gudang dalam jangkamasa pendek untuk menjalankan aktiviti pemindahan rokok dari kontena ke lori,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI