fbpx

PPV Jenjarom dibanjiri orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan orang ramai berkerumun di PPV Jenjarom di sebuah tokong hari ini sehingga mengabaikan penjarakan fizikal.

KUALA LANGAT – Orang ramai hari ini membanjiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sebuah tokong di Jenjarom di sini, hari ini.

Kehadiran mereka tanpa sebarang pengawalan itu menimbulkan kegusaran pelanggaran prosedur operasi standard
(SOP) terutama daripada segi penjarakan fizikal.

Difahamkan, mereka beratur seawal pukul 6 pagi bagi mendapatkan vaksinasi.

Situasi tersebut tular menerusi dua buah video berdurasi 13 dan 15 saat di laman Facebook dan mendapat pelbagai komen daripada netizen yang bimbang wujud kluster PPV di tokong itu.

“Cara ‘walk-in tanpa temu janji’ menyebabkan orang ramai berpusu-pusu dan berebut-rebut, ianya mungkin mencetuskan kluster baru PPV Tokong.

“Perkara yang baik tanpa perancangan yang baik dan menyeluruh, ianya akan jadi buruk, ” kata pengguna dikenali Thomas Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian itu berlaku pada pagi ini.

“Pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Kuala Langat telah meminta mereka yang belum mendapat borang suntikan vaksin Covid-19 supaya pulang ke rumah bagi mengelakkan kesesakan berlaku di pusat itu.

“PPV Jenjarom adalah PPV outreach yang mana mereka yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera boleh mengambil vaksin di pusat itu yang memperuntukkan vaksin kepada 500 penerima sahaja setiap hari,” katanya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI