fbpx

Pesakit berusia 40 tahun ke atas paling ramai di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Pesakit Covid-19 berumur 40 tahun ke atas merekodkan jumlah tertinggi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di dua buah hospital di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, sehingga kelmarin sebanyak 73 peratus iaitu 27 pesakit Covid-19 berusia 40 tahun ke atas ditempatkan di ICU.

“Pada masa ini terdapat 42 katil ICU yang mana Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mempunyai 30 katil ICU manakala Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh mempunyai 12 katil ICU.

“Sehingga kini keseluruhan 37 pesakit Covid-19 dirawat di ICU iaitu bersamaan 88 peratus penggunaan katil dengan 26 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 746 katil untuk pesakit Covid-19 disediakan di lapan buah hospital di negeri ini dengan kadar penggunaan katil setakat ini sebanyak 70 peratus.

Beliau memberitahu sehingga kelmarin, seramai 2,377 pesakit Covid-19 dirawat di lapan buah hospital dan tujuh buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Terdapat lapan buah hospital merawat pesakit Covid-19 iaitu HTAA, Hoshas, Hospital Lipis, Hospital Bentong, Hospital Raub, Hospital Jengka, Hospital Muadzam Shah dan Hospital Cameron Highlands.

“Seramai 523 orang pesakit berada di hospital Covid-19, manakala 1,982 orang pesakit ditempatkan di PKRC,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI