fbpx

Peng Soon-Liu Ying pilih laluan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN negara, Peng Soon-Liu Ying terpaksa akur dengan kekalahan kepada beregu Hong Kong dalam aksi tiga set sebentar tadi. - AFP

BEREGU campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memulakan saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan aksi sukar apabila tewas pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan D sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza itu, mereka gagal untuk mengatasi kehebatan beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet selepas kalah 18-21, 21-10, 16-21.

Pada perlawanan tersebut, Peng Soon-Liu Ying memulakan aksi set pertama dengan agak perlahan apabila membenarkan pemain lawan melakukan serangan demi serangan sebelum tewas 18-21.

Tersentak dengan kekalahan itu, Peng Soon-Liu Ying tampil lebih bertenaga pada set kedua sehingga berjaya mendahului perlawanan dengan perbezaan mata yang jauh.

Hasil suntikan semangat yang diperoleh, beregu No.7 dunia itu memastikan kemenangan 21-10, sekali gus mengheret perlawanan tersebut ke set penentuan.

Sebaik set ketiga bermula, Chun Man-Ying Suet tampil garang apabila cuba menjarakkan kedudukan, namun diberi tentangan sengit dan dikejar oleh Peng Soon-Liu Ying.

Meskipun berjaya merapatkan kedudukan, namun nasib tidak menyebelahi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu apabila akur dengan kekalahan 16-21. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI