fbpx

MoU PDI Malaysia dan Indonesia akan dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Isu sistem saluran tunggal dan konsep ‘one maid, one task’ (satu amah, satu tugas) adalah antara perkara dibincangkan pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal antara Malaysia dan Indonesia semalam.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kedua-dua negara kini dalam proses memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di negara ini.

Menurutnya, antara isu lain dibincangkan termasuk gaji PDI dan hal kebajikan serta perlindungan pekerja migran Indonesia di Malaysia.

“Konsep sistem saluran tunggal diberikan penekanan bagi memastikan saluran kemasukan perkhidmatan domestik Indonesia secara teratur dan lebih telus dari Indonesia terutama dari segi gaji dan pemeriksaan kesihatan.

“Malaysia dan Indonesia secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan integrasi sistem sedia ada di kedua-dua negara bagi melaksanakan sistem berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia juga telah mengemukakan cadangan balas berhubung isu ‘one maid, one task’ di mana bilangan isi rumah diambil kira contohnya enam orang ahli isi rumah bagi satu PDI.

KSM berkata, cadangan ‘one maid, one task’ dikemukakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ketika sesi perbincangan secara maya dengan rakan sejawatnya, Menteri Tenaga Kerja Republik Indonesia Ida Fauziyah pada Mei lalu.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) memohon untuk dipercepatkan pemeteraian MOU PDI.

Perkara itu dimaklumkan Jokowi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan lawatan rasmi beliau ke Jakarta pada Februari lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI