fbpx

Mei Kuan-Meng Yean tewas aksi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chow Mei Kuan (kanan) dan Lee Meng Yean akur dengan kekalahan 14-21, 17-21 kepada pasangan Indonesia.

BEREGU wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean memilih laluan sukar pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas pada aksi pertama peringkat Kumpulan A sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza itu, beregu negara terpaksa akur dengan kehebatan wakil Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu apabila tewas 14-21, 17-21.

Meskipun tewas, namun Mei Kuan-Meng Yean sudah menampilkan aksi terbaik sepanjang perlawanan itu apabila cuba memberikan saingan sengit kepada beregu No. 6 dunia berkenaan.

Beberapa kesilapan mudah selain membenarkan pasukan lawan melakukan serangan menjadi salah satu punca kekalahan Mei Kuan-Meng Yean pada aksi pembukaan itu.

Justeru, kekalahan itu sekali gus bakal memberi kesukaran kepada Mei Kuan-Meng Yean apabila wajib mencatat kemenangan ke atas beregu No.1 dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada aksi seterusnya esok bagi mencerahkan peluang ke suku akhir. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI