fbpx

Maut ditikam rakan senegara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Myanmar diberi rawatan awal sebelum meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke HSAH.

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang warga Myanmar maut dipercayai akibat ditikam rakan senegaranya di sebuah kilang di Taman Perusahaan Sungai Tukang di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, dua lelaki terbabit dikatakan bertengkar sebelum berlaku pergelutan antara mereka di ruang dapur kilang tersebut.

Pergaduhan itu mengakibatkan mangsa berusia 25 tahun cedera pada pinggang akibat ditikam suspek berusia 24 tahun menggunakan pisau  pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pergaduhan itu disedari
seorang pekerja lain yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pengurus kilang.

“Sebaik pengurus kilang sampai ke lokasi kejadian, mangsa meluru ke arahnya dan beritahu dia ditikam oleh rakannya yang mabuk selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

“Pengurus kilang itu kemudian menghubungi ambulans dan mangsa meninggal dunia ketika
dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Adzli, suspek ditahan bersama sebilah pisau yang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI