HULU TERENGGANU – Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang di sini diarah ditutup selama tujuh hari sehingga Khamis minggu depan selepas wujudnya kes positif Covid-19 dalam kalangan jemaahnya.
Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Dr. Hashim Abdullah berkata, perintah penutupan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi untuk kawalan perebakan penyakit berjangkit dilakukan di rumah ibadah itu.
“Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang di sini ditutup selama tujuh hari bermula semalam hingga Khamis ini bagi mengelak penularan penyakit.
“Penutupan itu adalah bagi menjalankan kuasa di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, sebanyak 10 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di daerah ini dengan empat kes daripadanya melibatkan mukim Kuala Berang iaitu di Kampung Butut.
Masjid Kampung Butut pernah diarahkan tutup selama tiga hari pada 17 Mei hingga 20 Mei lalu selepas dua ahli kariahnya yang juga pasangan suami isteri disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929