fbpx

Liverpool mahu bawa Kessie di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESSIE dilihat antara pemain tengah yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wijnaldum. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool mengesahkan bahawa mereka sudah menghubungi ejen pemain te­ngah AC Milan, Franck Kessie ketika masa depan pemain itu bersama kelabnya dalam keadaan tidak menentu.

Pemain berusia 24 tahun itu dianggap sebagai salah seorang pemain tengah berpengaruh di Serie A selepas berhijrah ke Milan dari Atalanta.

Ketika ini, Kessie sudah memasuki tahun terakhir kontrak­nya, namun Milan masih belum mengadakan sebarang rundi­ngan mengenai perjanjian baharu selepas dia dikatakan menolak tawaran pertama.

Sebelum ini, Arsenal dan Tottenham Hotspur mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ivory Coast selain beberapa kelab lain seperti Newcastle United, Wolverhampton Wanderers dan Chelsea.

Laporan akhbar di Itali menyebut, Pengarah Sukan Liver­pool, Michael Edward sudah menghubungi ejen Kessie dengan mengemukakan tawaran yang agak lumayan yang mana pemain itu bakal menerima €8 juta (RM39.83 juta) semusim.

Tawaran itu memberi masalah besar buat Milan apabila tawaran pertama yang mereka berikan kepada Kessie hanya berjumlah €6 juta (RM29.87 juta) semusim.

Sekiranya Kessie menolak tawaran berikutnya, Milan mungkin terpaksa menjualnya berbanding berdepan risiko kehilangan pemain itu secara percuma penghujung musim nanti.

Kessie setakat ini telah membuat 184 penampilan dengan meledak 30 gol bersama The Rossoneri dan Liverpool melihat dia mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Georginio Wijnaldum yang berhijrah ke Paris Saint-Germain.

Jika terpaksa melepaskan Kessie, Milan mungkin menuntut harga tidak kurang daripada €30 juta (RM149.35 juta) untuk pasukan yang mahukan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI