fbpx

Lima lelaki mabuk maki, gigit polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Lima lelaki warga tempatan ditahan selepas bertindak agresif dengan menyerang anggota polis ketika pemeriksaan sedang dilakukan di Flat Sri Nilam, pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, dua anggota dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) turut mengalami kecederaan selepas ditumbuk, ditendang dan digigit pada lengan kiri serta leher.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis cuba melakukan pemeriksaan ke atas lima lelaki yang sedang berkumpul dalam keadaan mabuk.

“Suspek tidak memberi kerjasama dan bertindak agresif termasuk cuba menghalang anggota polis menjalankan pemeriksaan dengan menolak dan menyerang anggota bertugas.

“Dua anggota polis telah mengalami kecederaan selepas ditumbuk di dada, digigit pada lengan kiri dan leher. Suspek juga bertindak menendang dan menumbuk anggota tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, polis terpaksa menggunakan kekerasan yang minimum untuk membuat tangkapan dan seorang suspek mengalami sedikit kecederaan pada ibu jari kaki sebelah kanan akibat terkena jubin lantai.

“Suspek juga telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas. Salah seorang suspek telah berjaya melarikan diri dan sedang diburu polis.

“Kesemua empat tangkapan berusia 23 hingga 26 tahun dan tidak bekerja. Mereka juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan termasuk yang telah melarikan diri,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI