fbpx

Lebih 16.4 juta dos vaksin Covid-19 sudah disuntik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lebih 16.4 juta dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh negeri di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi laman Twitternya berkata, setakat semalam jumlah dos suntikan vaksin yang telah diberikan mencecah 16,487,158 suntikan dan daripada jumlah itu, 5,264,760 atau 16.1 peratus telah lengkap kedua-dua dos.

“Sementara itu, 34.4 peratus atau 11,222,398 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya di sini hari ini.

Bagi vaksinasi harian pula, jelas beliau, sebanyak 462,242 dos diberikan semalam merangkumi 301,536 individu menerima suntikan pertama manakala 160,706 lagi merupakan penerima dos kedua. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI