fbpx

KPM teliti dasar pertukaran guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZI

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) kini berada di fasa terakhir penelitian berhubung dasar pertukaran guru.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau menerima pelbagai komen dan mesej berkaitan dengan permohonan pertukaran guru.

“Ada yang bertanya, apakah KPM tiada pendekatan baharu berhubung dasar pertukaran guru? Ya, kami sedar perkara ini telah berlarutan bertahun lamanya.

“Untuk makluman, satu pendekatan yang lebih efisien dan menyeluruh berhubung perkara ini kini berada dalam fasa akhir penelitian kementerian,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Radzi, dalam menimbang permohonan pertukaran guru, KPM perlu memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

Ini bermaksud, menurut beliau, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan di tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama.

“Dari pagi tadi saya meneliti dokumen dan juga berbincang berkaitan hal pertukaran guru ini. Insya-Allah, KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa depan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

“Apa yang penting, teruslah beri kepercayaan kepada kami! Yakinlah, kami sentiasa junjung amanah yang diberikan dengan sehabis baik,” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI