fbpx

Kelantan FC menang tipis 2-1 atasi Skuad Projek FAM-MSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafizan (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Skuad Projek FAM-MSN pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. FOTO : IHSAN TRW Kelantan FC

KOTA BHARU – Kelantan FC nyaris dimalukan Skuad Projek FAM-MSN selepas berjaya bangkit melakar kemenangan tipis 2-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Chistos Intzidis dan Ismail Ibrahim menjadi wira Kelantan FC apabila menghadiahkan jaringan berharga buat pasukannya pada minit ke-83 dan 90.

Aksi babak pertama, Kelantan FC gagal memecah kebuntuan jaringan apabila setiap peluang terhidang berjaya dipatahkan dengan sempurna oleh Skuad Projek FAM-MSN.

Pelawat yang dikemudi bekas jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah membuka tirai jaringan pada minit ke-54 menerusi Azhad Harraz Arman.

Azhad Harraz terus menjadi duri dalam daging buat TRW apabila sekali lagi hampir menambah derita tuan rumah pada minit ke-68, namun rembatan kencangnya sekadar melewati gawang tuan rumah.

Tersentak dengan jaringan itu, TRW cuba bangkit menerusi beberapa peluang terhidang namun gagal dinoktahkan ke dalam bentuk jaringan.

Kelantan FC berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-83 hasil jaringan menerusi tandukan Chistos Intzidis.

Tuah sekali lagi berpihak kepada Kelantan FC apabila Ismail menghadiahkan jaringan kemenangan buat rumah sekaligus meraih tiga mata penuh. -K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI