fbpx

Israel ‘berperang’ dengan pengeluar aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA askar Israel menikmati aiskrim di sebuah kedai yang terletak dalam kilang Ben & Jerry’s di Be’er Tuvia pada 21 Julai lalu. – AFP

TEl AVIV – Pengusaha Israel, Avi Zinger menyatakan bahawa ais krimnya membawa ke­gembiraan kepada orang ramai tetapi keputusan syarikat Ben & Jerry’s menghentikan jualan di wilayah Palestin yang diduduki Israel menyebabkan kilangnya terperangkap dalam perang politik.

“Kami akan terus menjual aiskrim ini di mana sahaja kawasan yang mempunyai kaitan dengan Israel,” kata Zinger kepada AFP di kilangnya di Beer-Tuvia, selatan Tel Aviv, di mana 160 pekerja mengeluarkan aiskrim jenama popular itu.

Pada Isnin lalu, Ben & Jerry’s yang beribu pejabat di Vermont, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tidak akan menjual ais krimnya di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur iaitu dua wilayah Palestin yang dijajah Israel.

Lebih 670,000 peneroka Yahudi tinggal di dua kawasan itu dalam komuniti yang tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Arab-Israel, Ayman Odeh menyiarkan foto di media sosial menunjukkan dia memakan ais krim.

“Diet ini berjalan dengan baik,” tulisnya sebagai tanda sokongan kepada langkah Ben & Jerry’s.

Kerajaan Israel bertindak balas terhadap pengeluar aiskrim itu dengan Perdana Menteri, Naftali Bennett menghubungi ketua eksekutif Unilever iaitu syarikat induk Ben & Jerry’s.

Kelmarin, Bennett berkata, Israel ‘akan menggunakan semua cara yang ada’ untuk menentang keputusan tersebut.

Kerajaan Israel bertahun-tahun memerangi Gerakan Boikot, Pemberhentian Pelaburan dan Sekatan (BDS) yang menggesa orang ramai memboikot barangan Israel sebagai tindak balas terhadap Rejim Zionis menganiayai rakyat Palestin.

Duta Israel ke Washington, Gilad Erdan dalam sepucuk surat mendesak 35 dari 50 ne­geri yang membentuk AS untuk menggunakan undang-undang anti-BDS bagi melarang pemboikotan terhadap Israel.

Presiden Israel, Issac Herzog menyebut boikot itu sebagai ‘keganasan bentuk baharu.’

Namun, Pihak Ber­kuasa Pa­lestin berkata, Herzog harus berterima kasih kepada Ben & Jerry’s kerana membunyikan ‘loceng penggera’ bagi memberi kesedaran kepada berhubung isu tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI