fbpx

Empat bulan tak bertemu, nenek Ezzaty Abdullah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZZATY berduka atas pemergian nenek tercintanya yang meninggal dunia semalam.

PETALING JAYA – Selepas berbulan lamanya tidak dapat bertemu gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa menahan kesedihan apabila neneknya menghembuskan nafas terakhir semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan Ezzaty, 31, menerusi Instagramnya malam semalam.

“Innalillah. Al-Fatihah untuk arwah nenek saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Ampunkan segala dosanya Ya Allah. Ya Allah, kuatkan semangat kami semua untuk terus reda,” tulisnya.

Biarpun reda dengan pemergian insan tersayang yang terpisah jauh, namun Ezzaty mengakui dia dan keluarga terpaksa mengambil sedikit masa untuk membina kembali semangat.

“Allah lebih sayangkan tok. Terima kasih Ya Allah pinjamkan tok pada saya selama 31 tahun. Lapangkanlah kubur tok dan semadikanlah bacaan al-Quran kami buat peneman tok di sana supaya tak sunyi nanti.

“Tok wan (arwah datuk) dah lama tunggu cinta hati dia. Tok besarkan anak-anak seorang diri dalam kemiskinan sampai semuanya berjaya. Tok ibu yang hebat!” katanya.

Tambah pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu, arwah neneknya tidak pandai membaca tulisan rumi tetapi menghafal semua surah dalam al-Quran.

Malah sepanjang hidupnya, arwah neneknya sering mengamalkan bacaan zikir setiap masa.

“Tanyalah surah apa je dia tak hafal? Tak ada. Semua dia hafal. Banyak doa yang tok ajar untuk digunakan dalam hidup.

“Insya-Allah, kami anak-anak dan cucu-cucu tok cuba sambung berzikir untuk tok. Semoga semua amalan kami yang tok ajar akan disalurkan pahala kepada tok di sana. Jumpa nanti tok. Kami pasti menyusul,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI